BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 9, 2010


LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mengatasi kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Cuba anda nyatakan beberapa langkah yang dapat mengatasi kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
Rancangan penghutanan semula merupakan satu langkah yang berkesan jika dilaksanakan dengan teratur. Contohnya, di bawah projek Ladang Hutan Kompensatori , Sebanyak 35 200 hektar hutan telah di tanam semula dengan spesies cepat tumbuh. Bolehkah anda nyatakan apakah kesannya jika rancangan penanaman semula hutan tidak dilaksanakan?
Kawasan hutan simpanan dan taman negara diwartakan untuk memelihara hutan di samping melindungi pelbagai jenis flora dan fauna . Contohnya, Taman Negara, Hutan Simpan Sepilok, dan Hutan Rimba Templer. Pembalakan tidak dibenarkan di kawasan-kawasan hutan simpanan.
Kegiatan pertanian pindah mesti dikurangkan untuk mengelakkan kemusnahan hutan yang berharga. Masih ingatkah anda kesan kegiatan pertanian pindah terhadap alam sekitar? Kerajaan harus menggalakkan petani pindah mengubah kepada pertanian tetap.
Pelbagai langkah turut diambil untuk memelihara lalm sekitar di kawasan pertanian. Cerun bukit di teres untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Tanaman tutup bumi seperti kekacang dan rumput ditanam dilereng bukit. Ini dapat mengurangkan hakisan tanih dan membantu mengekalkan kesuburan tanih. Kerajaan mesti memastikan petani mengunakan racun perosak dan racun rumpai mengikut kadar yang ditetapkan. Petani juga mesti lebih bertangunggjawab supaya tidak menggunakan racun serangga dan racun rumpai yang berlebihan.
Kaedah Biologi digunakan untuk mengawal makhluk perosak. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai. Ular, burung helang, dan burung hantu digunakan untuk memusnahkan tikus, burung, dan tupai di ladang kelapa sawit. Burung kecil pula digunakan untuk memusnahkan serangga, tanaman padi, bauh-buahan, dan sayur-sayuran.
Setiap individu berperanan untukmemelihara alam sekitar tidak dipelihara? Kita akan kehilangan khazanah alam yang tidak ternilai. Hakisan tanih akan banjir akibat daripada kegiatan manusia, bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah membawa kemusnahan kepada manusia. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memelihara keindahan alam ini.

0 comments: