KESAN-KESAN PERINDUSTRIAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Hasil dari perkembangan industri yang pesat telah memberi kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan sampingan itu ialah :
1. Pencemaran Udara Dan JerebuKesan daripada aktiviti-aktiviti perkilangan, telah menggalakkan pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain. Ini telah menyebabkan komposisi ruang udara di persekitaran Gemas tercemar dan teroksida. Pembebasan habuk terampai telah menyebabkan fenomena jerebu terutama ketika udara kering (dry air). Ini telah meningkatkan nilai IPU (Indeks Pencemar Udara) di persekitaran Gemas.
2. Fenomena Hujan AsidFenomena hujan asid ini terjadi apabila komposisi udara yang tercemar bertindakbalas dengan air hujan dan menyebabkan air hujan berasid. Bahan-bahan pencemar (pollutions) bertindak sebagai nukleus kondesas untuk menyerap wap-wap air di atmosfera dan menghasilkan sebatian-sebatian asid. Hujan asid boleh merosakkan ekosistem akuatik, membantutkan tumbesaran tumbuhan atau tanaman, meningkatkan nilai keasidan tanah dan melunturkan warna bangunan.
3. Pencemaran BauSesetengah industri khususnya industri primer atau industri pemprosesan seperti industri memproses getah, kelapa sawit, kayu balak dan sebagainya berupaya mengeluarkan sisa-sisa toksid yang berbau busuk. Sisa-sisa ini sukar dilupuskan dan tertinggal sebagai “enap cemar” di persekitaran kilang. Oleh itu, pencemaran bau sentiasa berpanjangan dan menimbulkan ketidakselesaan hidup bagi penduduk- penduduk di persekitarannya.
Negara kita sedang mengalami perkembangan perindustrian yang pesat.Penebangan pokok dan perataan kawasan bukit untuk membina kilang telah mengubah landskap kawasan itu.Pelepasan debu, asap, dan habukdaripada kilang mengakibatkan pencemaran udara.Di samping itu, pembuangan sampah sarap dan sisa toksid di dalam sungai telah mencemarkan air dan menyebabkan kematian hidupan akuatik.Kuari pula menyebabkan bukit di letupkan dan di runtuhkan.Pengunaan bahaya klorofluorokarbon (CFC) dalam industri pembuatan peti sejuk, penyembur serangga, dan alat penyaman udara telah meningkatkan suhu bumi dan menipiskan lapisan ozon.
Sunday, May 9, 2010
Posted by Fadhli at 5:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment