BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 9, 2010

"KESAN KEGIATAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR"

Penggunaan baja kimia,racun serangga,dan racun rampai secara berleluasa dalam sektor pertanian akan menganggu ekosistem.Racun rampai yang digunakan di ladang-ladang dan di sawah padi mencemarkan air sungai.Racun rampai yang digunakan di sawah terutamanya akan dibawa oleh air larian ke sungai.Air sungai yang tercemar mengancam kesihatan manusia dan binatang ternakan.Hidupan air sungai turut berkurangan.

Penebangan pokok secara besar-besaran untuk membuka kawasan pertanian baru menyebabkan spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi musnah.Hakisan tanih juga berlaku apabila hutan diterangkan tanpa kawalan.Air larian permukaan bumi menghakis tanih dan membawanya ke sungai.Ini mencemarkan air sungai.Tahukah anda,pertanian pindah juga mengancam alam sekitar?Apakah kesan kegiatan pertanian pindah trhadap alam sekitar?Penerangan hutan untuk kegiatan pertanian pindah akan menambahkan kandungan asid tanih yang dapat menjejaskan kualiti tanih.Di samping itu,penanaman satu jenis tanaman bagi satu jangka masa yang panjang akan menyebabkan tanih kehilangan kesuburannya.Pertanian pindah juga mengancam industri kayu tropika kerana pokok-pokok yang berharga ditebang.

0 comments: