BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 10, 2010

KESAN KEGITAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Anda telah pelajari bagaimana kepelbagaian bentuk muka bumi di negara kita memberi sumbagan yang penting kepada kehidupan kita. Namun demikian, sesetengah kegiatan manusia pula mengancam alam sekitar. Oleh itu, setiap individu mesti bertangungjawab menjaga dan memelihara alam sekitar supaya kita akan terus merasai nikmatnya.

Sunday, May 9, 2010


LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil untuk mengatasi kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Cuba anda nyatakan beberapa langkah yang dapat mengatasi kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
Rancangan penghutanan semula merupakan satu langkah yang berkesan jika dilaksanakan dengan teratur. Contohnya, di bawah projek Ladang Hutan Kompensatori , Sebanyak 35 200 hektar hutan telah di tanam semula dengan spesies cepat tumbuh. Bolehkah anda nyatakan apakah kesannya jika rancangan penanaman semula hutan tidak dilaksanakan?
Kawasan hutan simpanan dan taman negara diwartakan untuk memelihara hutan di samping melindungi pelbagai jenis flora dan fauna . Contohnya, Taman Negara, Hutan Simpan Sepilok, dan Hutan Rimba Templer. Pembalakan tidak dibenarkan di kawasan-kawasan hutan simpanan.
Kegiatan pertanian pindah mesti dikurangkan untuk mengelakkan kemusnahan hutan yang berharga. Masih ingatkah anda kesan kegiatan pertanian pindah terhadap alam sekitar? Kerajaan harus menggalakkan petani pindah mengubah kepada pertanian tetap.
Pelbagai langkah turut diambil untuk memelihara lalm sekitar di kawasan pertanian. Cerun bukit di teres untuk penanaman getah dan kelapa sawit. Tanaman tutup bumi seperti kekacang dan rumput ditanam dilereng bukit. Ini dapat mengurangkan hakisan tanih dan membantu mengekalkan kesuburan tanih. Kerajaan mesti memastikan petani mengunakan racun perosak dan racun rumpai mengikut kadar yang ditetapkan. Petani juga mesti lebih bertangunggjawab supaya tidak menggunakan racun serangga dan racun rumpai yang berlebihan.
Kaedah Biologi digunakan untuk mengawal makhluk perosak. Cara ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai. Ular, burung helang, dan burung hantu digunakan untuk memusnahkan tikus, burung, dan tupai di ladang kelapa sawit. Burung kecil pula digunakan untuk memusnahkan serangga, tanaman padi, bauh-buahan, dan sayur-sayuran.
Setiap individu berperanan untukmemelihara alam sekitar tidak dipelihara? Kita akan kehilangan khazanah alam yang tidak ternilai. Hakisan tanih akan banjir akibat daripada kegiatan manusia, bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah membawa kemusnahan kepada manusia. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memelihara keindahan alam ini.


KESAN-KESAN PERINDUSTRIAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Hasil dari perkembangan industri yang pesat telah memberi kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan sampingan itu ialah :
1. Pencemaran Udara Dan JerebuKesan daripada aktiviti-aktiviti perkilangan, telah menggalakkan pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain. Ini telah menyebabkan komposisi ruang udara di persekitaran Gemas tercemar dan teroksida. Pembebasan habuk terampai telah menyebabkan fenomena jerebu terutama ketika udara kering (dry air). Ini telah meningkatkan nilai IPU (Indeks Pencemar Udara) di persekitaran Gemas.
2. Fenomena Hujan AsidFenomena hujan asid ini terjadi apabila komposisi udara yang tercemar bertindakbalas dengan air hujan dan menyebabkan air hujan berasid. Bahan-bahan pencemar (pollutions) bertindak sebagai nukleus kondesas untuk menyerap wap-wap air di atmosfera dan menghasilkan sebatian-sebatian asid. Hujan asid boleh merosakkan ekosistem akuatik, membantutkan tumbesaran tumbuhan atau tanaman, meningkatkan nilai keasidan tanah dan melunturkan warna bangunan.
3. Pencemaran BauSesetengah industri khususnya industri primer atau industri pemprosesan seperti industri memproses getah, kelapa sawit, kayu balak dan sebagainya berupaya mengeluarkan sisa-sisa toksid yang berbau busuk. Sisa-sisa ini sukar dilupuskan dan tertinggal sebagai “enap cemar” di persekitaran kilang. Oleh itu, pencemaran bau sentiasa berpanjangan dan menimbulkan ketidakselesaan hidup bagi penduduk- penduduk di persekitarannya.


Negara kita sedang mengalami perkembangan perindustrian yang pesat.Penebangan pokok dan perataan kawasan bukit untuk membina kilang telah mengubah landskap kawasan itu.Pelepasan debu, asap, dan habukdaripada kilang mengakibatkan pencemaran udara.Di samping itu, pembuangan sampah sarap dan sisa toksid di dalam sungai telah mencemarkan air dan menyebabkan kematian hidupan akuatik.Kuari pula menyebabkan bukit di letupkan dan di runtuhkan.Pengunaan bahaya klorofluorokarbon (CFC) dalam industri pembuatan peti sejuk, penyembur serangga, dan alat penyaman udara telah meningkatkan suhu bumi dan menipiskan lapisan ozon.

kesan pembinaan jalan raya terhadap alam sekitar

Foto diatas menunjukan kawasan lereng bukit ditereskan untuk pembinaan jalan raya. Hutan di kawasan itu terpaksa ditebang. Apakah kesannya terhadap alam sekitar?Permukaan bumi yang gondol mendedahkannya kepada hakisan air. Hakisan tanih akan berlaku di kawasan ini. Larian air permukaan membawa tanih yang dihakis dan memendapkannya di dasr sungai. Ini menyebabkan pencemaran air sungai dan kejadian banjir.

Pembinaan jalan raya dan lebuh raya meyebabkan kejadia tanah runtuh, kepupusan flora dan fauna, dan perubahan landskap.Contohnya, kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Utara-Selatan di antara Tapah dan Gopeng, berhampiran dengan Gua Tempurung pada awl bulan januari1996. Pda pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambli untuk mengurangkan kesan pembinaan jalan raya terhadap alam sekitar?

"KESAN KEGIATAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR"

Penggunaan baja kimia,racun serangga,dan racun rampai secara berleluasa dalam sektor pertanian akan menganggu ekosistem.Racun rampai yang digunakan di ladang-ladang dan di sawah padi mencemarkan air sungai.Racun rampai yang digunakan di sawah terutamanya akan dibawa oleh air larian ke sungai.Air sungai yang tercemar mengancam kesihatan manusia dan binatang ternakan.Hidupan air sungai turut berkurangan.

Penebangan pokok secara besar-besaran untuk membuka kawasan pertanian baru menyebabkan spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi musnah.Hakisan tanih juga berlaku apabila hutan diterangkan tanpa kawalan.Air larian permukaan bumi menghakis tanih dan membawanya ke sungai.Ini mencemarkan air sungai.Tahukah anda,pertanian pindah juga mengancam alam sekitar?Apakah kesan kegiatan pertanian pindah trhadap alam sekitar?Penerangan hutan untuk kegiatan pertanian pindah akan menambahkan kandungan asid tanih yang dapat menjejaskan kualiti tanih.Di samping itu,penanaman satu jenis tanaman bagi satu jangka masa yang panjang akan menyebabkan tanih kehilangan kesuburannya.Pertanian pindah juga mengancam industri kayu tropika kerana pokok-pokok yang berharga ditebang.

Saturday, May 8, 2010


Myspace Clocks, Digital Date-Time Clocks at WishAFriend.com

Global Warming Smp

Check out this SlideShare Presentation: